INFO SYARIKAT
SELAMAT DATANG KE JOYWASH
Selamat Datang ke Joywash Marketing - Pembekal Bahan Pencuci Bumiputera yang dipercayaai!
Sebagai sebuah syarikat bumiputera yang membekalkan bahan pencuci, kami prihanti terhadap kepincangan dan masalah yang menghantui kontraktor kebersihan seper bahan pencuci yang tidak bermutu dengan harga melampau. Dengan kepakaran dan pengalaman ketika berkecimpung dalam sektor kontraktor kebersihan sebelum ini, kami berjaya menubuhkan syarikat Joywash pada tahun 2012, sejak itu kami dapat menghasilkan bahan pencuci berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan khas untuk pengunaan kontraktor- kontraktor kebersihan dan juga syarikat yang terlibat dalam bidang pembersihan. Pada hari ini, kami menawarkan pelbagai jenis bahan pencuci, sabun, alatan dan aksesori kebersihan yang berkualiti dan berpatutan untuk kegunaan sektor kerajaan ataupun swasta.
PILIHLAH KAMI KERANA
KAMI MEMBEKALKAN BAHAN PENCUCI YANG BERKUALITI DAN BERPATUTAN
Berpengalaman lebih dari 10 tahun, bumiputera bertaraf,berpengetahuan dan berkelulusan, syarikat yang komited dengan kualiti tetapi berpatutan.
DIMILIKI DAN DIUSAHAKAN OLEH BUMIPUTERA
Syarikat kami diusahakan oleh 100% bumiputera yang berkebolehan, sopan santun dan beretika.Jadi jangan malu untuk bertutur dengan kami didalam Bahasa Melayu.
HARGA BERPATUTAN TETAPI KUALITI TINGGI
Kami dak menggadaikan kualiti walaupun harga kami rendah, kami amat mementingkan integriti dan prestasi dan menjaga nama baik para kontraktor yang menggunakan barang kami.
BAHAN PENCUCI YANG BERMACAM-MACAM
Skop bahan pencuci dan aksesori pembersihan kami yang luas, memenuhi keperluan pelbagai sektor, menjadikan kami sebagai ONE STOP SHOP untuk segala keperluan kebersihan.
DIGUNAKAN OLEH PELBAGAI PERBADANAN
Barang buatan joywash banyak digunakan di hospital kerajaan dan swasta, restoran, sekolah, pusat beli belah, agensi pembersihan, masjid, surau, universi ,agensi kerajaan, dan juga agensi swasta. Menjadikan kami pembekal bahan pencuci yang dipercayaai.
DISYORKAN OLEH BADAN KERAJAAN
Kami telah dikenali sebagai pembekal bahan pencuci bumiputera yang menjual dengan harga berpatutan, berkualiti tinggi , mengikut spesifikasi serta lengkap dengan sebarang dokumentasi yang diperlukan ( SDS,TDS & Dll).
SERVIS KONSULTASI PERCUMA
Pasukan pakar kami memberikan servis konsultasi percuma, penerangan barang pencuci, cara bancuhan dan cara mencuci agar bahan pencuci dapat digunakan dengan betul dan memaksimumkan kebolehannya.
CARA MEMBUAT ORDER
PESAN DARI WEBSITE JOYWASH DENGAN MUDAH DAN LANGSUNG
Di Joywash, kami telah menyiapkan website ini untuk memudahkan anda memesan bahan pencuci yang anda minat melalui whatsapp dan email serta membalas pesanan anda dengan sebut harga dari kami. (Tambah ke Sebut Harga ) dengan langkah mudah ini :
LANGKAH 1
TAMBAH KE SEBUT HARGA
Layari web kami, pilih barangan , tekan “ Tambah ke Sebut Harga” pada seap barang yang anda perlukan harga.
LANGKAH 2
PENYERAHAN SEBUT HARGA
Isikan nama, nombor untuk dihubungi, dan maklumat serta keperluan spesifik di halaman penyerahan sebut harga tersebut. Anda boleh menyerahkan melalui Email atau Whatsapp
LANGKAH 3
EMAIL ATAU WHATSAPP SEBUT HARGA
Pasukan IT kami akan meneliti permohonan sebut harga anda dan Kami akan menghantar semula Sebut Harga penuh berserta cas penghantaran ke Email atau Whatsapp anda.
LANGKAH 4
HUBUNGI KAMI MELALUI WHATSAPP
Jika anda inginkan maklum balas yang cepat, hubungi kami melalui WhatsApp, tekan mana-mana gambar WhatsApp di halaman website kami.
LANGKAH 5
MAKLUM BALAS KHAS
Pasukan kami akan sentiasa menghubungi anda semula untuk memberikan cadangan, konsultasi dan mengambil info penting untuk pembelian yang berbaloi dan bebas masalah.
LANGKAH 6
PENGESAHAN TERAKHIR PESANAN
Jika anda berpuas hati dengan sebut harga yang diberi, sahkan sebut harga tersebut melalui Email atau WhatsApp. Pembayaran, penyediaan dan penghantaran akan diuruskan selepas itu.
SENARAI KATEGORI
KATEGORI PRODUK
Kontraktor Kebersihan
Usah risau dengan kerenah Tender kebersihan, Joywash menyediakan pelbagai dokumentasi untuk menyokong pilihan bahan pencuci anda di Joywash. Lengkap dengan Safety Data Sheet ( SDS) dan juga Technical Data Sheet (TDS). Joywash juga menyediakan bauan yang diperlukan oleh Tender Kebersihan. Barang kami kebanyakkan digunakan di sekolah, universiti, hospital dan pejabat-pejabat kerajaan.
Aksesori dan Alatan Kebersihan
Dapatkan alatan-alatan kebersihan yang diperlukan di Joywash, Kami menyediakan mop, tisu , JRT, plask sampah pelbagai saiz, tong sampah, floor trap urinal screen, air freshener, alat spray berkala dan macam-macam lagi.
Set Penjagaan Kereta
Tingkatkan mutu cucian anda dengan Joywash! Set pencuci kereta bertaraf premium dengan formulasi unggul, kami menyediakan shampoo kereta, wax kereta, polish kereta, wax tayar, pengilat tayar, pencuci rim, degreaser tanpa sentuhan, spot cleaner , sofa cleaner, dan bermacam lagi. Formulasi kami berkualiti tinggi membolehkan perniagaan mencuci kereta anda menjadi kegemaran ramai pelanggan.Joywash juga menyediakan Air Freshener atau car freshener yang bertindak seperti minyak pengasih, satu semburan boleh bertahan lebih dari 1 hari. Gunakan Joywash, dan rasailah perbezaanya!
Set Penjagaan Lantai
Sinar dan wangikan lantai anda dengan Joywash! Gunakan bahan pencuci Joywash siap dengan formulasi istimewa sesuai untuk semua jenis lantai. Joywash menyediakan larutan buffing, pembersih mozek, pewangi lantai, pengilat jubin, penghakis wax lama, dan floor shine. Set ini boleh digunakan untuk memulihkan kilauan lantai, menjaga permukaan kayu lantai, menaikkan semula warna jubin dan memberikan bauan-bauan ekslusif. Formulasi berkualiti tinggi kami membolehkan anda mencapai penjagaan lantai gred profesional. Bau wangi, lantai berkilat, menjamin kepuasan para tetamu dan pelanggan.
Penyegar Udara
Penyegar udara , dan pewangi fabrik kami dibuat dan diformulasi khas untuk tahan lama, menjadikan ruangan sentiasa segar dan wangi. Kami juga menyediakan refill, penyembur berkala, dan urinal screen untuk kawalan bauan di bilik air. Penyegar udara Joywash boleh digunakan di rumah anda, pejabat, bilik air, serta ruangan awam. Penyegar udara kami lain dari yang lain , dengan bauan ekslusif dan tersendiri menjadikan ruangan anda memukau dan segar. Segarkan ruangan anda dengan Joywash!
OEM
Jika anda mempunyai impian, visi dan modal, kami pula mempunyai kepakaran untuk menjadikan produk pembersihan impian anda menjadi kenyataan. Sebagai salah satu kilang sabun yang ternama, kami menyediakan servis khas OEM untuk bahan pencuci dan pewangi udara. Dari konsep ke formulasi, pembuatan ke pembungkusan, kami boleh uruskan semuanya. Dengan kelengkapan fasiliti kami, kawalan kualiti, dan harga yang berpatutan, anda boleh harapkan kami untuk menjayakan brand anda. Joywash sentiasa terbuka dengan pelbagai potensi, sama ada anda seorang pengedar, penjual, atau usahawan. Realisasikan impian anda dengan Joywash. Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.
Set Penjagaan Tandas
Katakan selamat tinggal pada kepayahan mencuci tandas, dengan Joywash! Bahan pencuci kami yang efektif dapat membersihkan kotoran degil, kerak air, dan bau yang tidak menyenangkan dengan mudah. Kami jadikan proses pembersihan tandas anda pantas tetapi bersih. Bahan pencuci kami juga berasaskan Alkali , ia menjaga jangka hayat jubin dan tidak mengusamkan lantai tandas anda. Gunakan Joywash dan alami perbezaan bila mencuci tandas!
Beli Borong!
Perhatian kepada Pemborong! Jimat lebih pada bahan pencuci dengan Joywash! Beli dengan kuanliti yang banyak untuk menikmati harga eksklusif! Borong bahan pencuci, alatan kebersihan dan pewangi udara untuk kegunaan tender kebersihan anda, letak di kedai kami sebagai warehouse, ambil sedikit demi sedikit mengikut keperluan sepanjang tahun. Dengan penjimatan sebegini anda dapat meningkatkan lagi keuntungan dari kontrak kebersihan. Jika anda ingin menjual semula, hubungi kami untuk sesi perbincangan dengan Joywash!
Hotel , homestay dan Rumah peranginan
Naik taraf kebersihan anda dengan Joywash! Bahan pencuci kami dibuat khas, premium dan unik untuk kegunaan industri perhotelan. Terdiri dari pencuci lantai, pembersih tandas, pewangi udara , body dan shampoo, pencuci fabrik dan pencuci karpet. Joywash menawarkan harga komprehensif dengan barang pencuci yang menjamin kebersihan dan kesegaran ruang untuk tetamu anda. Kami terima pesanan dan kami hantar ke hotel anda. Kami juga menyediakan konsultasi pada pekerja anda secara percuma. Bahan pencuci kami disokong oleh ahli kimia yang bertauliah, menjadikan bahan pencuci kami selamat, efektif dan mesra alam. Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut apa yang kami boleh lakukan untuk anda!
Kebersihan Bangunan
Tambah keyakinan dalam kebersihan bangunan anda dengan Joywash! Kami menyediakan bahan pencuci khas untuk membersihkan pintu lif, tingkap, lantai , tong sampah, meja , tandas , tempat letak kereta dan bermacam-macam lagi. Gunakan khidmat Joywash, dan tingkatkan kebersihan dan kesegaran bangunan anda dengan Joywash!
Katalog
Hubungi kami untuk dapatkan katalog khas sesuai dengan industri dan kegunaan anda. Kami juga menyediakan konsultasi percuma mengikut keperluan dan masalah yang anda hadapi. Hubungi kami segera, dan tingkatkan lagi mutu kebersihan anda dengan Joywash!
Servis Pencuci
Jadikan servis mencuci anda sebagai kegemaran rakyat Malaysia dengan Joywash! Lengkap dengan pewangi lantai berbau eksklusif, pewangi udara yang tahan lama, pencuci pelbagai mudah digunakan, degreaser dan spot remover tanpa sentuh, pencuci sofa low foam, pencuci karpet, pencuci pine dan bermacam lagi. Dapatkan barangan Joywash segera! Alami perbezaan pada feedback pelangan.
Pencuci Pakaian
Tingkatkan mutu basuhan dobi anda dengan Joywash! Kami menyediakan beberapa grade iaitu gred dobi , gred dobi coin, dan juga gred komersial. Sabun kami lengkap dan padat dengan ajen pencuci, ajen antibakteria, pelembut dan juga pewangi tahan lama. Dapatkan sabun pencuci pakaian Joywash sekarang!