|
Bahasa: EN | BM |

TENTANG KAMI

Tingkatkan mutu kebersihan dengan Joywash
Pembekal Bahan Pencuci Buatan Bumiputera Yang Dijamin!
Dengan sokongan penuh oleh rakyat Malaysia, Joywash ditubuhkan pada tahun 2011 di Johor Malaysia. Joywash merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang berpengalaman di dalam industri pembuatan Sabun dan bahan pencuci selama 12 Tahun. Kini Joywash telah menjadi salah sebuah syarikat yang mendahului dalam sektor pembekal bahan pencuci dan mampu bersaing dengan syarikat syarikat besar antara bangsa. Dengan izin Tuhan, Joywash dapat melebarkan sayapnya dari selatan Malaysia ke Utara Malaysia.

Di Joywash, kami mementingkan persahabatan, kepercayaan, dan juga talian kenalan dengan pelanggan atau pembekal kami. Komitmen kami dalam menyuburkan perniagaan dengan nilai murni menjadikan kami salah satu pembekal Bumiputera yang disanjung di dalam industri kebersihan ini. Dengan izin yang Maha Kuasa, kami telah berjaya membuka beberapa cawangan di bumi Malaysia ini, untuk membekal bahan pencuci pada sektor sektor ekonomi seperti perbankan, industri makanan dan minuman, perlancongan, sektor perhotelan, sekolah, universiti, sektor perkilangan , sektor kerajaan, dan sektor perniagaan.
Pada tahun 2022, diberikan ilham kepada kami dari Maha Bijaksana untuk membuka satu cawangan di Selangor dan memindahkan ibu pejabat kami di Southville City Dengkil. Tindakan ini membenarkan kami untuk berkhidmat dengan lebih baik pada pelanggan kami di belah utara Selangor , sejurus mengurangkan kos pengangkutan dan dapat memberikan konsultasi bersemuka di tempat pelanggan. Kami percaya bahawa penerapan nilai Islam di dalam perniagaan dan industry kami seperti adil, jujur, amanah, sabar, bersikap sederhana dan berhemah dapat mendorong kami kearah kejayaan dengan izin Nya.

Kini kami telah bekerjasama dengan pihak pengangkutan untuk membolehkan kami berkhidmat dan menghantar barangan Joywash keseluruh Malaysia.
 Visi Kami

- Berwawasan sebagai sebuah syarikat pembekal bahan pencuci terbesar di Malaysia.
- Terkenal dengan produk inovatif, servis yang mantap, dan komited dengan tanggungjawab sosial.
- Melebarkan sayap ke antara bangsa, dengan menawarkan produk dan kepakaran joywash.
- Menjadi rujukan yang dipercayaai untuk mencapai kebersihan yang unggul.
- Mengekalkan nilai murni di dalam pernigaan seper adil, amanah, dan jujur.
 Misi Kami

- Untuk menjadi pilihan utama dalam pembelian bahan pencuci di Malaysia.
- Menyediakan sabun pencuci yang berkualiti tinggi, berpatutan dan selamat pada alam sekitar.
- Memenuhi kehendak pelanggan dari pelbagai sektor seperti hospital, sekolah, pusat beli belah, agensi kebersihan dan agensi kerajaan.
- Memberikan servis yang baik serta mengekalkan hubungan dengan pelanggan.
- Mengajar dan menggalakkan cara pembersihan optimum pada setiap industri.
Nilai Teras
Kecemerlangan

- Berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan dalam apa jua kami lakukan.
- Komited dalam penambahbaikan dan inovasi.
- Menjangkau jangkaan pelanggan dan terus berada di hadapan dalam trend industri kebersihan.
Berintegriti

- Mengendalikan perniagaan dengan integrity tertinggi.
- Beretika dan mematuhi peraturan dan undang-undang.
- Telus , Jujur dan Amanah di dalam hubungan dengan pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan.
Fokus pada kehendak Pelanggan

- Pelanggan adalah nyawa perniagaan.
- Kami mendengar dan memahami masalah pelanggan.
- Kami menyediakan jalan penyelesaian Khas dan melaksanakan servis menjangkau jangkaan pelanggan.
Kelestarian

- Menggalakkan amalan pembersihan lestari yang melindungi alam sekitar dan kesihatan dan keselamatan pengguna.
- Mengutamakan penggunaan produk pembersihan mesra alam dan selamat.
- Terlibat secara aktif dalam penjagaan alam sekitar untuk mengurangkan impak pada bumi Malaysia.
Tanggungjawab Sosial

- Kami berdedikasi untuk memberikan pulangan dan kebaikan kepada komuniti dan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia.
- Menjadi alternatif dan membantu perniagaan tempatan serta mengambil bahagian dalam program kebajikan sosial.
- Membuat perubahan positif kepada masyarakat Malaysia.
Dengan Misi dan Visi kami sebagai pembekal bahan pencuci Bumiputera di Malaysia, kami mengamalkan pelbagai nilai murni untuk terus berkhidmat pada masyarakat Malaysia. Joywash sangat komited untuk memberikan produk yang berkualiti dan berpatutan serta menawarkan perkhidmatan yang memberikan impak yang bermakna kepada para pelanggan, masyarakat dan alam sekitar.